Sistem dalam pembinaan. Harap bersabar.
BinaWebApp

Website bisnes anda, siap hari ini.

Bina website, landing page, blog dan bio link tanpa kod. Terima bayaran FPX, DuitNow QR, kad dan COD, dan duit jualan masuk terus ke akaun anda sendiri.

Daftar dengan emel sahaja. Tak perlu kad.

Satu akaun untuk semua jenis laman

Website

Laman syarikat atau kedai dengan menu, banyak halaman dan domain sendiri.

Landing page

Satu halaman jualan dengan kiraan detik, testimoni dan butang beli.

Blog

Artikel dengan kategori, carian dan SEO untuk Google.

Bio link

Satu pautan untuk Instagram dan TikTok yang memuatkan semua link anda.

Kedai online yang dah siap dipasang

Tambah produk, pilih cara bayaran dan mula terima pesanan. Anda sambungkan akaun gateway anda sendiri, jadi BinaWebApp tak pernah pegang duit jualan anda.

Turut disertakan

  • Barang fizikal, fail digital, tiket acara, kursus, servis, keahlian dan sewaan
  • Kadar pos langsung dari EasyParcel
  • Kupon, promosi dan tawaran sekali (OTO) selepas bayar
  • Harga khas untuk ejen dan stokis
  • Cukai dan invois syarikat
  • Ulasan pembeli dan jejak pesanan

Cara pembeli boleh bayar

Billplz
FPX dan kad
BayarCash
FPX dan DuitNow QR
Stripe
Kad antarabangsa, caj dalam USD
Pindahan bank
Pembeli muat naik resit
COD
Bayar tunai semasa terima atau ambil sendiri

Mula dengan templat, bukan halaman kosong

Pilih reka bentuk yang dibuat untuk jenis bisnes anda, kemudian tukar teks, gambar dan warna.

  • Sales page produk
  • Restoran / kafe
  • Acara / seminar
  • Kursus online
  • Servis / agensi
  • Salon / spa / klinik
  • Ebook percuma / lead magnet
  • Profil syarikat
  • Akan datang
  • Kad kahwin digital
  • Bio link
  • Blog
  • Kedai
  • Promo

Dari daftar ke live dalam empat langkah

  1. 1

    Daftar

    Anda cuma perlukan alamat emel.

  2. 2

    Pilih templat

    Tukar teks, gambar dan warna ikut bisnes anda.

  3. 3

    Terbitkan

    Laman anda terus live di namaanda.binaweb.app.

  4. 4

    Sambung domain

    Guna .com atau .my sendiri bila anda bersedia.

Perkara yang biasanya perlu dibayar berasingan

Domain sendiri
Dengan SSL yang dipasang untuk anda.
SEO dan pratonton Google
Lihat rupa laman anda dalam hasil carian.
Pixel iklan
Facebook, TikTok, Google Tag Manager, X, LinkedIn, Pinterest dan Snapchat.
Statistik pelawat
Sumber trafik, negara dan peranti.
Borang WhatsApp dan borang hubungi
Pertanyaan terus masuk ke WhatsApp atau peti emel anda.
Kod QR dan pautan pendek
Serta pembina UTM untuk kempen anda.
Ujian A/B
Bandingkan dua versi satu halaman.
Halaman berkata laluan
Kongsi halaman dengan orang yang anda pilih sahaja.
Pasukan anda
Jemput editor dan admin untuk bantu urus laman.
Bahasa Melayu dan Inggeris
Pembeli boleh tukar bahasa kedai anda.
Popup, sticky bar dan live chat
Hidup atau matikan ikut setiap halaman.
Senarai emel
Kumpul pelanggan emel dari mana-mana halaman.

Harga yang mudah

Setiap akaun baru dapat Pro percuma 3 hari. Tiada caj automatik bila tamat.

Percuma

RM0selamanya

  • 1 laman dengan 1 halaman
  • Semua blok halaman
  • Kredit kecil BinaWebApp di bawah laman
Daftar percuma

Pro

RM10sebulan

atau RM100 setahun (jimat RM20)

  • Laman dan halaman tanpa had
  • Kedai online dan gateway bayaran
  • Domain sendiri
  • Tiada kredit BinaWebApp
  • Popup, sticky bar, live chat, pixel dan akses pasukan
Cuba Pro percuma 3 hari

Soalan yang selalu ditanya

Perlu tahu coding?

Tidak. Anda bina halaman dengan menambah blok dan menaip di dalamnya, macam mengisi borang.

Duit jualan masuk ke mana?

Terus ke akaun Billplz, BayarCash atau Stripe anda sendiri, atau akaun bank anda untuk pindahan. BinaWebApp tak pegang dan tak potong duit jualan anda.

Apa jadi lepas 3 hari percuma?

Akaun anda bertukar ke Pelan Percuma (1 laman, 1 halaman). Anda tak akan dicaj secara automatik. Naik taraf bila anda bersedia.

Boleh guna domain sendiri?

Boleh, untuk pelan Pro. Tambah domain di dashboard dan ikut langkah DNS yang dipaparkan.

Macam mana nak bayar Pro?

RM10 sebulan atau RM100 setahun, melalui FPX. Anda juga boleh aktifkan auto-debit supaya tak perlu sambung secara manual.

Ada kontrak?

Tiada. Kalau anda tak sambung, akaun kembali ke Pelan Percuma.

Bina laman pertama anda hari ini.